Inilah 5 Resepi Koktail Buah Viral Saat Memasuki Bulan Puasa, Mudah Sangat

SEKILASRIAU.COMInilah 5 resepi Koktail buah viral saat memasuki bulan puasa, ternyata untuk membuatnya sangatlah mudah.

Koktail buah ini termasuk suatu hidangan yang dicari untuk menemani berbuka puasa atau Ramadan.

Selain segar, Koktail buah ini juga dapat menghilangkan dahaga.

Resepi Koktail buah viral ternyata sangat mudah dan bahan-bahan nya juga gampang ditemukan.

Berikut 5 resepi membuat Koktail buah yang dikutip dari my.theasianparent.com, Yuk Simak

1. Resepi koktail buah viral dan simple

– 1 botol susu segar
– 1 cawan strawberry
– 1 cawan mempelam
– 1 cawan buah naga
– 1 cawan laici
– 1 cawan nanas
– 1 cawan anggur hijau
– 1 cawan anggur merah
– 1 cawan betik
– 1 cawan kiwi
– 1 bekas nata de coco
– 1 paket sumi jelly

Semua buah-buahan dipotong dadu.
Boleh tukar guna buah-buahan lain ikut suka.

Cara penyediaan:

Untuk kuah: Masukkan susu segar dalam satu balang.

Kemudian masukkan 1 bekas nata de coco serta jelly.

Sediakan buah: Buah-buahan segar tadi yang mana perlu dikupas, buang kulitnya dan dadu sederhana besar, begitu juga buah-buah yang lain.

Saya potong buah guna bentuk-bentuk menarik untuk tarik minat anak makan.

Isikan ke dalam sebuah bekas untuk di sejukkan.

Sejukkan dalam peti ais bahan kuah dan buah-buahan.

Hidang. Bila dah nak hidang, boleh isikan setiap jenis buah dalam 1 gelas.

Kemudian, cedok kuah kedalam buah. Mudah kan.

2. Resepi air cocktail buah simple

Bahan-bahan:

– 2 tin susu cair
– 1 tin laici / longan
– 1 tin buah untuk koktail
– Buah anggur & strawberry
– Nata de coco
– Sumi Jelly
– sedikit bahan perasa (gula dan garam)

Nak tambah buah-buah lain pun boleh,
Ikut selera anda.

Cara penyediaan air cocktail buah simple

– Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)

– Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam untuk rasa lebih berlemak

– Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).

Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly, selanjutnya Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan

Nb: Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu.

Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

3. Resepi air buah koktail berkastard

Bahan-bahan:

– 1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
– 1 tin susu cair
– 2 tin air (guna tin susu cair)
– 3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
– 1 cawan gula
– agar-agar laici (dipotong dadu kecil) @ letak nata de coco
– secukupnya ketulan ais
– tambah 1 sudu kecil esen vanila bagi rasa dan bau wangi

Cara-cara membuat air buah koktail berkastard

– Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih.

– Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dgn hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. jika ingin air kastard nampak menarik lagi, boleh masukkan sedikit pewarna kuning.

– Apabila sebati, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.

– Apabila dah betul-betul sejuk, masukkan agar-agar laici dan buah-buahan koktail ke dalam adunan kastard.

– Masukkan ketulan ais secukupnya dan siap untuk dihidangkan.

4. Resepi koktail buah naga

Bahan-bahan:

– 1 tin susu sejat
– Setengah tin susu pekat
– 1 tin buah laici
– 1 biji buah naga
– 2 biji buah mangga
– Cincau
– Air

Cara membuat air koktail buah naga:

Bancuh susu pekat dengan dua cawa air panas. Biar sebati.

Kemudian, tambah lagi dua cawan air.
Campur semua bahan-bahan tadi, yaitu buah laici, buah naga, mangga dan juga lengkong atau cincau.

Jangan lupa tambahkan ais untuk rasa yang lebih sedap!

5. Koktail buah tanpa susu

Bagi anda yang ada alahan dengan susu, bolehlah cuba resepi koktail buah tanpa susu ini. Rasanya sedap dan menyenangkan perut.

Bahan-bahan koktail buah tanpa susu

– 2 tin besar buah-buahan campur
– 1 tin laici
– 1 tin palm fruit
– 1/2 jag air putih
– Ais batu

Cara penyediaan:

Campurkan kesemua buah-buahan dalam tin ke dalam bekas besar.

Kemudian tambahkan sedikit air putih kerana buah-buahan dalam tin agak manis.
Tambah ais

NB:

Ada yang suka susu, boleh tambahkan susu sejat dalam campuran ni.

Dan tambahkan sikit garam bagi perasa. Bisa dicampur sumi jelly dengan cincau ataupun nata de coco.

Itulah 5 resepi Koktail buah viral saat di bulan puasa.

Selamat mencoba dan menikmati.