SEKILASRIAU.COM – Politikus asal Malaysia, Menteri Rafizi Ramli sebut Geng-geng PN akan terduduk sebulan lagi, (26/1).
Sebelumnya diketahui, Mohd Rafizi bin Ramli adalah seorang politikus asal Malaysia.
Ia adalah Wakil Presiden dan mantan Sekretaris-Jenderal Partai Keadilan Rakyat, sebuah partai komponen dari Pakatan Harapan.
Rafizi juga merupakan Anggota Parlemen Malaysia untuk Pandan di Selangor sejak 19 November 2022 dan dari 2013 sampai 2018.
Dikutip dari harakahdaily.net, hari ini genap satu bulan selepas sidang media Rafizi Ramli pada 26 Disember 2022, yang mana pada ketika itu beliau dengan angkuhnya menyebut ‘Geng-geng PN akan terduduk sebulan lagi’.
Akhirnya tiba hari yang ditunggu bukan geng-geng PN yang terduduk tetapi Ia dan formula-formula beliau yang terduduk.
Pepatah Melayu ada berkata ‘Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa’. Buat Rafizi Ramli jangan angkuh dan sombong dalam berkata-kata, cukup-cukuplah menuding kesalahan kepada pihak lain.
Jadilah seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang memberi solusi dan manfaat kepada rakyat dan negara, bukan hanya pandai mengeluarkan formula-formula. Dan akhirnya memberi resah kepada rakyat untuk memikirkan solusi yang kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan ada kamu.
Buat pengakhirannya hari ini akan menjadi satu sejarah kepada semua dan mungkin akan terus menjadi sejarah sebagai ‘Hari Terduduk Se-Malaysia‘. Lantaran atas kesombongan kata-kata daripada seorang Menteri yang bernama Rafizi Ramli.
Editor: Do